Dugaan Ramadhan...
Kalau hari cuti hujung minggu memang hari yang malas untuk aku keluar, nak-nak bulan ramadhan lagi lah malas. Isteri pula asyik pesan...'nanti sat lagi nak beli pamper anak... dah tinggal sikit" tapi aku terus dengan malas tanpa jawapan. Ahhh... petang sikit lah, langsung beli juadah ramadhan... hati bercakap sendiri, malas.
Aku terjaga dari lena yang kedua. Terus aku beritahu isteriku, bersiaplah jom kita keluar. Isteriku bergegas bersiap. Aku menjeling ke arah anak yang asyik dengan mimpinya. Selesai isteriku bersiap, anak dikejut. Que marah bila digegar ibunya. Aku buat tidak tahu dan terus bersiap. Anak dengan perangainya, mengada-ngada.
Semua telah bersiap. Kami bertiga keluar dan turun ke bawah. Aku melangkah ke kereta kami. Seakan pemandangan lihat cermin belakang dibasahi hujan. Aku pelik, mana ada hujan tadi? bisik hatiku.... bila mendekati Nah! cermin belakang retak seribu! bagai nak gugur jantung... raya sudah mahu dekat... bajet untuk kereta sudah habis buat repair lower arm, bearing & lining break.
Aduh.... dugaan Mu Ya Allah sungguh kuat untuk kami sekeluarga. selepas que sakit, aku dan isteri pula. Namun aku tidak pernah menyesal, aku redha dengan ketentuan MU Ya Allah. cuma yang aku sedikit kesal sikap masyarakat kita yang mengambil mudah. Senang-senang buang apa sahaja dari rumah ke bawah. Aku tinggal di menara di AU3 Hulu Kelang.
Masuk insiden sudah 3 kali kami terkena. Insiden pertama, waktu pertama kali berpindah di kawasan ini. Tayar kereta kami dipancit oleh penduduk flat rendah. Atas temubual yang aku buat, rupanya ada perangai salah seorang penduduk flat tersebut suka membuat perkara tersebut, jika ada 'ORANG LUAR' yang memakir di kawasan tempat letak kereta mereka. Apa yang aku tahu kawasan tempat kereta tersebut tidak pernah digazet sebagai kawasan persendirian. Aku cukup marah ketika itu. Sampai aku berpesan kepada abang yang berniaga di situ, andai berjumpa sesiapa yang membuat pekerjaan itu, tidak aku kira tua atau muda... siap lah!
Insiden kedua pula, aku bersama que keluar dari kereta selepas pulang dari kedai. Berdentum! Bom air jatuh dari atas. terperanjat aku. sipi hendak terkena kereta kami. Que turut terperanjat. Aku mendongak ke atas dengan spontan aku menjerit HOI!!!. Ada kelibat anak-anak bersembunyi dibalik cermin tingkap bilik.memang Sakit betul hati aku... Kebetulan Pejabat komuniti menara buka... apa lagi aku terus mengadu... memang tidak ada adab mereka ini.
Nah sekarang semuanya telah melampau sampai melibat kami keluar bajet... setelah aku meneliti. Ada satu obejk kecil dan keras dilontar ke bawah terkena cermin belakang kereta kami. Aku cuba mencari sekeliling kereta. Ini dia rupa nya... Alan key besi tersadai dalam longkang kecil. Aku lihat isteri aku sudah terduduk di tembok belakang kereta. mukanya seakan kelesuan bila melihat keadaan itu...
Bukan di sini aku bicara tentang tadir Allah, tapi cuma sikap masyarakat bandar yang masih hidup dengan akal kebintangan... daripada sekecil cotton bud dicampak ke bawah sampai pasu bunga... ini semua sikap pemalas dan tidak bertanggung jawap...
Comments