Que dah sekolah... Alhamdullillah


Alhamdullillah dapat juga kami menghantar que bersekolah (tadika) setelah puas memilih tadika mana menjadi pilihan. Que ghairah bila diajak ke sekolah baru nye... "kita nak pergi sekolah baru ye bu..." tanya que bila melihat kami suami isteri dok mencari lokasi sekolah barunya selepas pulang dari kerja (malam)...

inilah wajah anak kesayangan di waktu sebelum bertolak ke sekolahnya untuk pertama kali.

Sewaktu mengambilnya ketika masa tamat kelas, ada seorang wanita (ibu kepada pelajar) menegurku dan memberitahu yang que sebentar tadi menangis. aku bagai tidak percaya, namun aku ajukan pertanyaan yang sama kepada 'teacher' que... benar que ada menangis tadi... bila bertanya kepada que... dia kata dia menangis cari ibu tadi...

Comments

Popular Posts