kesian babah tengok naqiuddin...



Naqiuddin tak sihat lagi. kali ini bersulam selsema... batuk.. sebelum itu, ibu dia kata naqiuddin sakit mata. ye ke? tapi aku tengok mata naqiuddin macam biasa. Yang berlain sangat batuk dia sahaja. semacam kering... naqiuddin seperti menahan sakit.

Pagi sebelum sahur keadaan sedikit teruk, aku bagitahu isteriku, pagi nanti kita bawa di ke klinik. Kami cuba melelapkan mata selepas bersahur. Namun suara batuk mengganggu konsentrasi tidurku. sekejap-kejap aku dan isteri bergilir menjenguk.


Suria pagi mula meninggi... aku mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat sebab kata isteriku dia harus ke pejabat tidak boleh mengambil cuti. Al maklumlah kami berdua ni hanya seorang sahaja pekerja di pejabat...

sms dihantar kepada orang-orang yang berkaitan dengan aku, untuk mengatakan aku terpaksa tidak hadir ke pejabat. Kami ke Klinik Idham (Klinik biasa kami untuk naqiuddin).. hairan tengok naqiuddin bila sampai di klinik semacam tidak sakit pula...


Inilah keadaan setelah pulang dari klinik. Al hamdullillah isteriku juga mengambil keputusan untuk cuti menjaga anak bersama ku... sehingga sekarang Naqiuddin masih terbatuk-batuk & muntah. Isteri ku berpendapat Naqiuddin takut hendak keluarkan kahak yang terlekat di kerongkongnya...

Namun aku berdoa Naqiuddin cepat-cepat sembuh hanya dia sahaja pewaris aku di dunia... 

Comments

Popular Posts