Menu for my birthday on buka puasa


Al hamdullillah, meningkatkan lagi umur aku. tahun ini 42 tahun. Aku tidak pernah segan dengan angka pada umur aku. Setiap hari pasti aku berjumpa dengan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup ku.

Hari ini hari istimewa aku, isteri ku masak masakan yang cukup istimewa. ikan kerapu stim... black pepper lamb chop... tempoyak dengan budu... petai jeruk... meleleh air liur sementara menanti azan berkumandang...



Hidangan utama, ikan kerapu stim, jika di lihat dalam mangkuk hidangan penuh dengan sayur campur dan rencahnya selain ikan kerapu. Bendir ada... bunga kobis ada... baby tomato ada... daun limau ada... carrot ada... kalau tergigit halia, pijar sedikit lidah.

Bulan Ramadhan memang seronok... terniat sahaja hendak makan sudah pasti kita berusaha untuk mengadakannya di atas meja. Cuma jangan terlalu ghairah untuk melambakkan menu di atas meja. Takut-takut pembaziran pula jadinya. Apa yang kita perlu fikirkan ialah berapa orang yang hendak menikmati makanan tersebut. Setakat aku tiga beranak, hidangan lauk pauk untuk dimakan bersama nasi putih sekadar 1 atau sahaja.


Ulam & cecahan sudah pasti menyelit sebab isteri ku cukup gemar makan ulam-ulaman, antara kegemarannya seperti di atas. Al maklumlah asal dari pantai timur, sudah jadi macam kemestian pula di atas meja.

 Tidak ketinggalan pula pencuci mulut, bubur kacang hijau. Kali ini ada sedikit kekurangan pada wajah bubur kacang ini kerana santannya tidak menjadi begitu elok. Namun rasanya tidak tergugat langsung malah makin sedap.
Bagi melegakan kerongkong yang seharian berdahaga, sirap bandung menjadi pilihan. Sirap? bila pula isteriku membelinya. Setahu aku stok sirap di dapur sudah kehabisan. 

Akhir sekali sebelum menutup kata-kata untuk kali ini, Al hamdullillah Al Mubarak membawa sejuta nikmat yang jarang dinikmati di bulan-bulan lain....

Selamat lanjut usia kepada diri ku sendiri...

Comments

Popular Posts