PARAM SETIAWANGSA 1431H


Setiap kali bulan ramadhan Al Mubarak sudah pasti setiap anggota masyarakat menggambarkan Pasar Ramadhan atau generasi sekarang menggelarnya dengan nama singkatan PARAM.

Di kawasan persekitaran tempat tinggal lebih kurang 5 spot  PARAM diwujudkan. Paling popular PARAM Setiawangsa. Pelbagai juadah dihidang para peniaga di kiri kanan jalan. Dari bubur kacang hijau sampailah ke lauk pauk.


Riuh si peniaga menjaja jualan mereka. Ada pula ada sedikit diam hanya menunggu pelanggan dating ke gerai mereka, mungkin mereka ini peniaga baru atau mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.
Mata ku sentiasa liar menyaksikan gelagat setiap peniaga gerai. Sesekali menrenung apa yang sedang dijual mereka. Aku tidak terlalu ghairah untuk membeli, sekadar berjalan menghabiskan masa sementara pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Isteri tersayang menjadi peneman setiap kali ke PARAM. Tidak lengkap andai aku berjalan seorang.

Dalam fikiran aku hanya satu... membeli untuk juadah buka puasa dan memilih untuk juadah bersahur. Kami berdua bekerja sudah pasti masa untuk masak di rumah terlalu suntuk, jadi pilihan mudah hanya beli sahaja. Kalau beli lauk pauk untuk buka puasa... hanya nasi sahaja tanak di dapur rumah.
Di PARAM favourite aku, Nasi Baryani Kambing... semua gerai yang menjual makanan jenis itu, aku beli. Sahaja hendak mencuba... tidak sedap dengan selera aku, esok ke gerai lain pula. Setiap berkunjung ke PARAM, aku dan isteri sudah menyusun menu buka puasa di minda. Hidangan utama dan kuih muih, itu sahaja yang diperlukan, tidak lupa untuk Naqiuddin.

Cuma ada sedikit tidak keselesaan sewaktu berkunjung ke PARAM Setiawangsa. Trafik yang sesak bila tidak waktu kemuncak. Motorsikal diletak sesuka hati, begitu juga dengan mereka yang berkereta. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawap lebih peka dalam hal sebegini. Sudah beberapa tahun kewujudan spot PARAM ini, keadaannya masih sama. Namun pengunjung tetap menjdikan spot ini, pilihan pertama jika ingin membeli juadah berbuka puasa.

Satu lagi menarik perhatian aku ialah tentang harga jualan. Ada yang masih mengekalkan harga dan kualiti. Tidak kurang juga harga melambung, rasa tidak seberapa. Jika kita sering ke PARAM Setiwangsa ini, pasti akan berjumpa dengan rasa mengikut selera kita. Aku dan isteri sudah bertemu dengan peniaga lauk pauk yang boleh aku katakan mengikut citarasa selera kami. Kuih muih belum lagi. Masih tercari-cari gerai mana yang sedap.
Bulan Ramadhan memang menakjubkan, Allah member ruang rezeki kepada semua hambanya. Begitu juga si pembeli, dapat menerima nikmat yang Allah berikan dengan merasai semua yang sedap-sedap. Cuma satu pesan aku, jika membeli belah, janganlah kita terlalu ghairah melihat bentuk fizikal makanan, minuman atau apa sahaja sebab fizikal tidak menjanjikan apa-apa.... hasilnya bila kita merasainya... elok atau tidak... sedap atau sebaliknya....

Wallahu’alam

Comments

Popular Posts